Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.uniten.edu.my/jspui/handle/123456789/11646
Title: Effect of poly (Ethylene Glycol) on the injectability, setting behavior, and mechanical properties of calcium phosphate bone cement
Authors: Hablee, S. 
Sopyan, I. 
Mel, M. 
Salleh, H.M. 
Rahman, M.M. 
Issue Date: 2018
Abstract: The present paper reports on the effect of poly(ethylene glycol) (PEG) addition on injectability, setting behaviour, and mechanical properties of calcium phosphate cement (CPC) for injectable bone filling applications. Calcium hydroxide, Ca(OH)2, and diammonium hydrogen phosphate, (NH4)2HPO4, have been used as precursors in wet chemical precipitation synthesis of hydroxyapatite powder. Cement paste was prepared with different powder-to-liquid ratios, varied at 1.0, 1.3, 1.5 and 2.0. The incorporation of PEG was also varied at 1, 2, 3, 4 and 5 wt% at the powder-to-liquid ratio of 1.3. The CPC produced was then evaluated in terms of injectability, setting time and mechanical strength. The results indicated that PEG addition significantly improved setting time, injectability, as well as compressive strength of CPC. Without PEG, the initial setting time ranged between 3 and 122 min, while the final setting time ranged between 5 and 277 min. The addition of PEG has significantly improved setting time where the initial setting time ranged from 47 to 88 min and the final setting time ranged from 182 to 228 min. The extrusion load decreased when PEG was added, which revealed an improvement in injectability; 82.5% without PEG addition and 95.5% when 5% PEG was added. The compressive strength of CPC is in the range of 0.59 to 1.344 MPa and its porosity is in the range of 39.2% to 47.1%. With the incorporation of PEG, the compressive strength greatly increased to the range of 1.167 and 1.786 MPa.. © 2018, International Islamic University Malaysia-IIUM.
Penyelidikan ini melaporkan tentang kesan menambah polietilina glikol (PEG) terhadap sifat-sifat simen kalsium fosfat seperti keupayaan suntikan, masa pengerasan dan kekuatan mekanikal. Kalsium hidroksida dan diammonium hidrogen fosfat digunakan sebagai reagen dalam kaedah pemendakan kimia basah bagi menghasilkan serbuk hidroksiapatit. Pes simen disediakan dengan nisbah serbuk kepada cecair yang berbeza, dengan nisbah 1.0, 1.3, 1.5 dan 2.0. Kemudian, PEG ditambah ke dalam simen kalsium fosfat dengan kepekatan yang berbeza, bernilai 1, 2, 3, 4 dan 5 wt% bagi 1.3 nisbah serbuk kepada cecair. Simen yang terhasil diuji bagi menilai keupayaan suntikan, masa pengerasan dan kekuatan mekanikal. Keputusan ujian-ujian tersebut menunjukkan bahawa penambahan PEG ke dalam simen telah meningkatkan kebolehan simen untuk disuntik, mengurangkan masa pengerasan simen dan meningkatkan kekuatan mekanikal simen. Simen tanpa PEG mempunyai masa pengerasan awal daripada 3 min kepada 122 min dan masa pengerasan akhir daripada 5 min kepada 277 min. Apabila PEG ditambah, masa pengerasan simen menjadi lebih baik dengan masa pengerasan awal daripada 47 min kepada 88 min dan masa pengerasan akhir daripada 182 min kepada 228 min. Peningkatan dalam keupayaan simen untuk disuntik telah dibuktikan dengan pengurangan beban penyempitan apabila PEG ditambah ke dalam simen. Simen tanpa PEG mempunyai 82.5% keupayaan suntikan dan meningkat kepada 95.5% apabila 5% PEG ditambah. Kekuatan mampatan simen bernilai antara 0.59 dan 1.334 MPa dan keliangan simen bernilai antara 39.2% dan 47.1%. Kekuatan mampatan simen meningkat dengan ketara apabila PEG ditambah, bernilai antara 1.167 dan 1.786 Mpa. © 2018, International Islamic University Malaysia-IIUM.
DOI: 10.31436/iiumej.v19.i2.913
Appears in Collections:UNITEN Scholarly Publication

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.